Faedah Menyimpan Wang

     Amalan menyimpan wang sangat penting kepada kita.Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk menyimpan wang.

    Faedah utama untuk menyimpan wang adalah wang simpanan tersebut akan membantu untuk masa akan datang . Contohnya,kita bolehlah menggunakan wang simpanan tersebut untuk membayar pendidikan, membeli kereta dan sebagainya.Dengan berbuat begitu, kita dapat mengelakkan menjadi seorang penghutang.

   Faedah kedua untuk menyimpan wang adalah kita boleh menggunakan wang yang disimpan untuk membeli barang keperluan kita.Contohnya,pelajar boleh membeli lebih buku latihan pada masa persiapan peperiksaan yang penting seperti UPSR, PT3 ,SPM , dan sebagainya .Bagai orang dewasa pula,wang simpanan tersebut amat berguna apabila gaji mereka tertangguh pada salah satu bulan .

  Faedah ketiga untuk menyimpan wang adalah apabila ahli keluarga kita mengalami kekurangan wang , wang simpanan kita boleh membantu mereka .Contohnya, sesiapa yang mengalami kekurangan wang,wang simpanan kita boleh dipinjam untuk mereka pada masa kecemasan.Dengan berbuat begitu, kita dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
   
  Faedah keempat untuk menyimpan wang adalah wang disimpan tersebut akan membantu kita jika negara mengalami kemelesetan ekonomi . Contohnya semasa kemelesetan ekonomi ramai akan dihentikan kerja secara tiba-tiba.Ini akan membawa keliruan dan kerisauan pada seorang.Wang simpanan boleh mengelakkan situasi di atas dan boleh membantu seseorang pulih daripada kebebanan kewangan.

   Banyak lagi faedah menyimpan wang kerana itulah amalan ini harus dipupuk.Janganlah abaikan amalan -amalan baik seperti amalan membawa membaca buku dan sebagainya.

Comments

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. TAPI SELALU MENGUNA PERKATAAN FAEDAH UTAMA,KEDUA..... DAN CONTOHNYA

    ReplyDelete
  3. Mengapa selalu guna faedah 1,2,3,4.saya sangat bosan

    ReplyDelete
  4. Macam banyak perkataan yg salah je...

    ReplyDelete
  5. bagus... jangan teliti unknown member

    ReplyDelete
  6. 👌👌👌👌👌👌👌👌

    ReplyDelete
  7. dhana seelan you are very inteligent

    ReplyDelete
  8. Ianya sangat membantu tetapi perlu ganti perkataan faedah utama,2,3,4 kepada disamping itu,seterusnya,selain itu .

    ReplyDelete
  9. terima kasih siap homework aku :>

    ReplyDelete

Post a Comment